Saturday 2 July 2011

Perkhemahan Pengakap Kebangsaan Ke-21 Negara Brunei Darussalam

Majlis Pemimpin Pengakap Daerah Limbang telah menerima jemputan dari Persekutuan Pengakap Negara Bunei Darussalam bagi menyertai Perkhemahan Pengakap Kebangsaan Kali ke-21 Negara Brunei Darussalam pada 7 – 12 Jun 2011 yang lepas. Dalam memenuhi jemputan tersebut Majlis Pengakap Daerah Limbang telah menghantar satu kontigen yang dianggotai seramai 9 orang ahli pengakap yang terdiri daripada 2 orang guru dan 7 orang pelajar (SMK Limbang).
 
Pada 7 Jun, kontigen Limbang telah diraikan dalam satu majlis yang dihadiri oleh Residen Daerah Limbang sendiri bagi menyempurnakan acara penyerahan bendera kontigen. Keberangkatan Kontigen Limbang ke Negara Brunei Darussalam adalah dengan menggunakan sebuah van dan sebuah kereta. Tepat jam 12:50 petang, kami telah tiba di Pusat Latihan dan Kegiatan Pengakap Kebangsaan, Kompleks Pengakap, Jalan Gadong, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Ketibaan kami telah disambut oleh Pemimpin-pemimpin Pengakap dari Negara Brunei Darussalam. Setelah pendaftran masuk kem dibuat, kami telah diberikan segala kelengkapan perkhemahan dan dibawa menuju ke tapak perkhemahan yang telah ditetapkan.
 
Pelajar-pelajar telah diarahkan untuk mendirikan khemah dan juga menyusun barang-barang perkhemahan yang lain. Akhirnya dalam masa 1 jam 15 minit, 2 buah khemah besar telah Berjaya didirikan dengan bantuan dari pengakap-pengakap Negara Brunei Darussalam. Pada jam 2:30 petang, pemimpin kontigen telah dipanggil untuk taklimat bekenaan program perkhemahan. Pada Perkhemahan kali ini pihak penganjur telah menyenaraikan beberapa aktiviti, antaranya ialah aktiviti ceramah, aktiviti kraf pengakap, aktiviti seni kreatif, aktiviti permainan ‘4K’, aktiviti lembah cabaran, aktiviti kebudayaan, aktiviti projek bisai dan aktiviti lawatan. Peserta-peserta perkhemahan dikehendaki menghabiskan aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan bagi mendapatkan lencana aktiviti perkhemahan.
Berkat dengan kesabaran dan kesungguhan, kesemua peserta dari Limbang telah berjaya mendapatkan lencana aktiviti perkhemahan dalam masa yang telah ditetapkan. Selain aktiviti yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur, peserta-peserta dari daerah Limbang juga dibimbing oleh guru-guru pengiring dalam menguruskan kehidupan mereka sendiri dari segi pengurusan diri dan juga kumpulan. Dalam mencapai hasrat tersebut, peserta-peserta juga diminta menyediakan makanan mereka sendiri serta gajet-hajet yang dirasakan perlu bagi mewujudkan suasana yang kondusif sepanjang perkhemahan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kenangan bersama Pengakap Negara Brunei Darussalam. 







Kenangan bersama Haji Badar bin Haji Awang Ali, Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.








Adat pertemuan, sudah pastinya akan ada perpisahan. 

bertemu dan berpisah, adat manusia biasa,
Hilang di mata, 
Tapi di hati tidak lupa,
Berdoalah kita, agar kita berjumpa lagi.........







No comments:

Post a Comment