Saturday 2 July 2011

Perkhemahan Lencana Keahlian & Usaha

Pada 8-10 april yang lepas, Pengakap SMK Limbang telah menganjurkan satu perkhemahan lencana keahlian dan lencana usaha untuk ahli-ahli Pengakap Muda SMK Limbang seramai 26 orang. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah :


1. KEM KRAF

Ahli-ahli pengakap diminta menghasilkan suatu hasil kraftangan daripada bahan-bahan semulajadi yang boleh diperolehi dipersekitaran sekolah secara berpatrol. Ahli-ahli pengakap akan dinilai dari segi kreativiti serta kerjasama yang ditunjukkan dalam patrol masing-masing. Aktiviti ini dipantau oleh Cikgu Sanisah binti Hassan.
2. CERAMAH

a) Peraturan pakaian seragam pengakap & Lambang
    Pengakap Malaysia dan Dunia.
b) Prinsip Rukunegara, Persetiaan & Undang-undang
    Pengakap.
c) Balutan anduh
d) Hormat dan Cogan Kata Pengakap serta sejarah
    pengakap.
e) Taklimat Kepentingan ko-Kurikulum.



3. TEORI & PRAKTIKAL BALUTAN ANDUH

Pihak urusetia dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) SMK Limbang telah menjalankan satu sessi kursus balutan anduh kepada ahli-ahli pengakap dalam melengkapkan syarat-syarat dalam mencapai lencana usaha. Berbanyak-banyak terima kasih dari Pengakap SMK Limbang kepada BSMM SMK Limbang kerana bersama-sama menjayakan aktiviti tersebut.



4. MALAM KEBUDAYAAN



Setiap patrol diminta mempersembahkan nyanyian dan lakonan pada malam tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua ahli pengakap kerana telah berjaya menghidupkan suasana pada malam tersebut.







 5. MENAIKKAN & MELIPAT BENDERA


















6. MEMASAK

No comments:

Post a Comment