Wednesday 6 July 2011

MAJLIS KHAS PENGAKAP

Perhimpunan sekolah pada hari ini diserikan dengan Majlis Penganugerahan sijil serta lencana kepada ahli-ahli Pengakap SMK Limbang yang menyertai Perkhemahan Pengakap Peringkat Kebangsaan Ke-21 Negara Brunei Darussalam pada 7-12 Jun yang lepas. Seramai 7 orang ahli Pengakap SMK Limbang menerima sijil serta lencana aktiviti bagi perkhemahan tersebut. Penrima-penerimanya adalah

SITI NUR SYAFIFAH BINTI MAZLAN

JOAN MAC CLEENE ANAK LIMPAK
 
MOHAMAD SHAFIQ BIN ABDUL RAHMAN

WONG CHING SENG

MOHD MUIZZUDDIN BIN SHAFIE

ROZITA ENGKALANG

Penyerahan Tauliah Kepada Guru-guru Pengakap SMK Limbang :



Cikgu Grace tersenyum puas, akhirnya impiannya untuk ditauliahkan tercapai.......Guru yang tak pernah kering idea membuat duit. Maklumlah isteri businessman.
















"Orang lain dapat, aku pun pasti boleh dapat jugak", kata Cikgu Siti. Orang yang aktif menghidupkan Jabatan Setiausaha pada peringkat kumpulan mahupun daerah.







Cikgu Aina yang tak pernah kenal putus asanya dalam mencapai impiannya yang belum terlaksana. Tahniah Cikgu Aina.......









Bendahari Kumpulan 03 Limbang yang menjaga peti khazanah Kumpulan 03 Limbang dengan penuh hemah. Tahniah pada Cikgu Foong....... harap-harap masih di Limbang tahun depan.









Bergayo dok ambo? Raso-raso smart doh. Ore Mudo, Pengakap Mudo, Cikgu Mudo, pendek kato memang mudo lah senang cerito......Tahniah Cikgu Tahriri







Angkat tangan kanan, 
golek, golek, golek,
Turung tangan kanan duduk diam-diam,
Angkat tangan kiri,
Golek, golek, golek,
Turun tangan kiri duduk diam-diam......

Tahniah Cikgu Sanisah




Abe Kie jam 10.......Apo-apo hal dok leh lebih jam 10. Kalu lebih gak..........emmmmm, susoh nok royat. Hok penting jam 10 mesti dipatuhi. Tahniah Cikgu Syauqi yang sentiasa basah dengan ideanya.









Tersenyum lebar Abang DC kita sorang ni..... Tak siapa boleh lawan paling awal datang ke sekolah setiap hari. Anda berani? 

Tahniah cikgu Edmund







Tahniah Cikgu Vivian yang sentiasa terpilih untuk menjadi MC dalam program Pengakap. Dapat memukau hadirin kot.......ada rahsia?









IBU Pengakap SMK Limbang. Tak siapa boleh lawan semangat kental ibu kita yang sorang ni. Hutan rimba sudah sebati dalam diri. Apatah lagi setakat Bukit Mas tu.......Tahniah Cikgu Beda, teruskan berpengakap. Semangat yang sukar dicari ganti.

Saturday 2 July 2011

Perkhemahan Pengakap Kebangsaan Ke-21 Negara Brunei Darussalam

Majlis Pemimpin Pengakap Daerah Limbang telah menerima jemputan dari Persekutuan Pengakap Negara Bunei Darussalam bagi menyertai Perkhemahan Pengakap Kebangsaan Kali ke-21 Negara Brunei Darussalam pada 7 – 12 Jun 2011 yang lepas. Dalam memenuhi jemputan tersebut Majlis Pengakap Daerah Limbang telah menghantar satu kontigen yang dianggotai seramai 9 orang ahli pengakap yang terdiri daripada 2 orang guru dan 7 orang pelajar (SMK Limbang).
 
Pada 7 Jun, kontigen Limbang telah diraikan dalam satu majlis yang dihadiri oleh Residen Daerah Limbang sendiri bagi menyempurnakan acara penyerahan bendera kontigen. Keberangkatan Kontigen Limbang ke Negara Brunei Darussalam adalah dengan menggunakan sebuah van dan sebuah kereta. Tepat jam 12:50 petang, kami telah tiba di Pusat Latihan dan Kegiatan Pengakap Kebangsaan, Kompleks Pengakap, Jalan Gadong, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Ketibaan kami telah disambut oleh Pemimpin-pemimpin Pengakap dari Negara Brunei Darussalam. Setelah pendaftran masuk kem dibuat, kami telah diberikan segala kelengkapan perkhemahan dan dibawa menuju ke tapak perkhemahan yang telah ditetapkan.
 
Pelajar-pelajar telah diarahkan untuk mendirikan khemah dan juga menyusun barang-barang perkhemahan yang lain. Akhirnya dalam masa 1 jam 15 minit, 2 buah khemah besar telah Berjaya didirikan dengan bantuan dari pengakap-pengakap Negara Brunei Darussalam. Pada jam 2:30 petang, pemimpin kontigen telah dipanggil untuk taklimat bekenaan program perkhemahan. Pada Perkhemahan kali ini pihak penganjur telah menyenaraikan beberapa aktiviti, antaranya ialah aktiviti ceramah, aktiviti kraf pengakap, aktiviti seni kreatif, aktiviti permainan ‘4K’, aktiviti lembah cabaran, aktiviti kebudayaan, aktiviti projek bisai dan aktiviti lawatan. Peserta-peserta perkhemahan dikehendaki menghabiskan aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan bagi mendapatkan lencana aktiviti perkhemahan.
Berkat dengan kesabaran dan kesungguhan, kesemua peserta dari Limbang telah berjaya mendapatkan lencana aktiviti perkhemahan dalam masa yang telah ditetapkan. Selain aktiviti yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur, peserta-peserta dari daerah Limbang juga dibimbing oleh guru-guru pengiring dalam menguruskan kehidupan mereka sendiri dari segi pengurusan diri dan juga kumpulan. Dalam mencapai hasrat tersebut, peserta-peserta juga diminta menyediakan makanan mereka sendiri serta gajet-hajet yang dirasakan perlu bagi mewujudkan suasana yang kondusif sepanjang perkhemahan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kenangan bersama Pengakap Negara Brunei Darussalam. 







Kenangan bersama Haji Badar bin Haji Awang Ali, Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.








Adat pertemuan, sudah pastinya akan ada perpisahan. 

bertemu dan berpisah, adat manusia biasa,
Hilang di mata, 
Tapi di hati tidak lupa,
Berdoalah kita, agar kita berjumpa lagi.........